News
Back to News   English

Kunjungan Hormat

dan Lawatan Kerja oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT)

2 Julai 2024 (Selasa) | 10.00 pagi | Ibu Pejabat OZ Seventy Holdings (M) Berhad , Gebeng, Kuantan.

Kunjungan Hormat dan Lawatan Kerja oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) ke Kilang Pemprosesan dan Pengolahan Petroleum OZ Seventy Holdings (M) Berhad yang diketuai oleh Ketua Pengarah LKIM, YBrs. Encik Hamdan bin Mamat telah disambut oleh Pengasas merangkap Pengerusi Eksekutif OZ Seventy Holdings (M) Berhad, Encik Ozairi bin Othman.

Pihak LKIM dan wakil NEKMAT telah diberi taklimat oleh Encik Ozairi mengenai latar belakang Syarikat, pengenalan ringkas produk yang dikeluarkan (Low Sulfur Marine Gas Oil {LMGO).

Seterusnya pihak LKIM dan wakil NEKMAT juga turut melihat demonstrasi ringkas oleh Prof. Madya Dr. Abdul Aziz bin Mohd Azzudien dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMP) tentang proses dan kaedah pengolahan petroleum untuk menghasilkan produk LGMO serta dibawa melawat tapak yang menempatkan mesin bagi memproses dan mengolah petroleum.

Turut hadir dalam kunjungan dan lawatan ini, Pengarah LKIM Negeri Pahang, YBrs. Encik Faizal bin Puasa, Timbalan Pengarah Pembangunan Masyarakat dan Pertubuhan Nelayan, Puan Aida Irdawaty binti Mohamad serta pegawai dan kakitangan LKIM Ibu Pejabat dan LKIM Negeri Pahang manakala daripada Syarikat OZ Seventy Holdings (M) Berhad, Ketua Pembangunan Perniagaan, YBrs. Encik Ismadi bin Ismail, Penyelaras Pembangunan Perniagaan, YBrs. Encik Malek bin Ahmad dan wakil daripada UMP, Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Prof Madya Dr. Abdul Aziz bin Mohd Azzuddien dan Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses,Ts. Dr. Abdul Halim bin Abdul Razak.

s

OZ SEVENTY FIVE HOLDINGS (M) BERHAD

[ 8 3 7 7 6 3 - D ]


Corporate Office

C2-3A-1, Solaris Dutamas,
Jalan Dutamas 1 off Jalan Duta,
50480 Kuala Lumpur

Petroleum Factory:

No. 42, 43 & 45, Jalan Gebeng 1/8,
Gebeng Industrial Estate,
26080 Kuantan, Pahang